Friday 24 May 2013

SALAM PERKENALAN

Salam Sejahtera. Hadirnya blog ILHAMKU ini sekadar mengisi karya-karyaku yang kucipta kerana minat yang mendalam di dalam bidang penulisan ini. Aku bukanlah penulis profesional. Aku hanyalah penulis nyamuk yang menulis demi untuk memuaskan hati yang mendesak untuk meluahkan idea melalui genre puisi, cerpen, pantun dan sebagainya.Maaf sekiranya perkataan dan ayat di dalam tulisanku nanti mempunyai kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku. Aku tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Sukar untuk aku mengatasi masalah itu apatah lagi aku bukanlah sikaya yang mampu melakukan apa sahaja demi minat. Apapun, selamat berjaya untuk diriku dan selamat membaca untuk anda yang sudi.Setiap karya yang ada di sini bermula ciptaannya sejak tahun 1985 sehinggalah kini. Komenlah karya-karyaku untuk kebaikan aku. Nama-nama yang tercatat adalah nama-nama penaku. Abi Masri, Abi Masra, Padin Majid dan Zainur A'myra. Nama sebenarku, Fadzilah Bin Abd. Majid. Di samping karya-karya penulisan, aku juga sertakan foto-foto dan video untuk tontonan semua.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment