Monday 27 May 2013

WARNA KEHIDUPAN SEORANG PENOREH


WARNA KEHIDUPAN SEORANG PENOREH

Kuning
Acapkali aku mendengar
Anakku berlagu lapar
Kerana kau telah mencuri
Rezeki kami
(bilakah berakhir kemarau panjang)

Jingga
Kerap terhendap
Di bibir tingkap
Melihat aku
Menghitung sendu
(kenapa senja kerap tiba dalam hidup kami?)

Hijau
Bilakah akan tiba
Menyuburkan kembali
Rezeki kami
(sesungguhnya kami amat memerlukannya)

Zainur A’myra, Kulim, Kedah
Dewan Siswa & antologi Kulepaskan Resah Sepi, DBP

No comments:

Post a Comment