Monday, 27 May 2013

TANGAN TERBENTUK KALIMAH ALLAH

Selepas digaru,kalimah Allah terbentuk di sebelah bawah dan atas tangan anakku.26/05/2013

DI MUARA SEPI



DI MUARA SEPI

Lumpur-lumpur kenangan
Mengepung hati
Air di muara basi
Lalu terbina
Muara sepi

Segala sampah dikunyahnya
Segala pahit dihirupnya
Segala madu diminumnya
Segala kenangan dihimpunnya

Di muara sepi
Aku menangis sendiri
Dilanda kenangan
Yang datang

FADZILAH
Majalah Remaja                  


KEINSAFAN


KEINSAFAN

Hatiku menjerit menyebut nama-Mu
Dalam tenang hari
Dalam sunyi sepi
Tika membelek koleksi kenangan
Telah ribuan hari
Aku mengutip cengkerang dosa
Di pantai masa

Dalam sepi ini
Aku ketawa
Dipancar sinar-Mu

ABI MASRI.
Junjong, Kulim, Kedah
Antologi DUKA PELAUT TIMUR, Rantai


PUISI BUAT TEMAN


PUISI BUAT TEMAN

Cuba engkau tanya
Pada daun-daun
Pernahkah ia menangis
Pabila seorang musafir
Berteduh di bawahnya
Kemudian berlalu
Tanpa ucap terima kasih

Cuba engkau Tanya
Pada angin
Pernahkah daun-daun
Membalas baktinya
Dan pernahkah ia berduka
Bila hidupnya
Dinodai kuman dan racun

Cuba engkau tanya diri sendiri
 Mahukah engkau menjadi seperti daun?

ABI MASRI,
Junjong, Kulim, Kedah
Fokus SPM

ELEGI ZAMAN


ELEGI ZAMAN

1                                                                                                                                                                               
Aku di sini
Melihat seorang tua
Memerah keringat
Berenang bersama sampan
Memunggah rezeki
Dari pangkalan ke pangkalan

11
Aku di sini
Melihat sebuah jambatan kayu
Merentangi sungai itu
Dan di hujung sana
Lelaki tua itu
Memecahkan sampannya
Mematahkan dayungnya

ABI MASRI,
Junjong, Kulim, Kedah
Fokus SPM