SUARA
KOTA
Aku malam
Belum pernah bermimpi
Hanya diam dan jaga
Menyaksi telatah kota
Aku sungai
Hanya dipandang hina
Kerana airku bisa
Akibat manusia
Yang cemburu padaku
Aku hijau
Pupus diratah jentera
Membina bangunan bata
Dan
Aku kota
Sering menangis duka
Kerana penghuniku semua lara!!!
ABI MASRI
SM St.Patrick, Kulim, Kedah
Dewan Siswa
No comments:
Post a Comment