Sunday, 26 May 2013

MEMIKIRKAN LUMRAH ALAM



MEMIKIRKAN LUMRAH ALAM


Memikirkan lumrah alam
Daun-daun berpisah dari dahan
Buah-buah bercerai dari tangkai
Aku diterpa kesedaran
Bahawa satu perpisahan
Adalah nikmat teramat
Kerana daun-daun yang gugur
Kelak akan tumbuh tunas muda
Dan buah-buah yang luruh
Kelak akan tumbuh bunga-bunga

Memikirkan lumrah alam
Aku tidak lagi menangis
Di hujung perpisahan

ABI MASRI

No comments:

Post a Comment