WARNA
KEHIDUPAN SEORANG PENOREH
Kuning
Acapkali aku mendengar
Anakku berlagu lapar
Kerana kau telah mencuri
Rezeki kami
(bilakah berakhir kemarau panjang)
Jingga
Kerap terhendap
Di bibir tingkap
Melihat aku
Menghitung sendu
(kenapa senja kerap tiba dalam hidup
kami?)
Hijau
Bilakah akan tiba
Menyuburkan kembali
Rezeki kami
(sesungguhnya kami amat memerlukannya)
Zainur A’myra, Kulim, Kedah
Dewan Siswa & antologi Kulepaskan Resah Sepi, DBP
No comments:
Post a Comment