RESAH
SEEKOR LELABAH
Seekor lelabah
Menitis keringat masin
Membina helai-helai sarang
Tanpa jemu
Tapi ragu
Bila tiba-tiba
Rebut mendesah ganas
Melanda penghuni alam
Dan seekor lelabah
Semakin resah
Melihat sebuah sarang pecah
Ditimpa ranting patah
Di hujung sana
ABI MASRI,
Junjong, Kulim, Kedah
Mingguan Famili
No comments:
Post a Comment