USIA
Berlalu pergi
Bilah-bilah hari
Meninggal
rumpun-rumpun memori
Manis dan ngeri
Dan sesekali
Melanda
ombak-ombak duka di hati
Bila di celah
keriangan aku melayan diri
Tertusuk bisa
duri
Kini
Terpaku aku
sendiri
Meratah tubuh
hari
Kerana bila
sedar dari mimpi
Usiaku meningkat
lagi
FADZILAH ABD,
MAJID,
SM St.Patrick,
Kulim, Kedah
Dewan Siswa
No comments:
Post a Comment